Thursday, May 3, 2012

Daftar Segera!! Kursus Pengurusan Jenazah



          Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab membantu pihak Tahsin Tilawah Bestari mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah anda.Hal ini selari dengan saranan Rasulullah s.a.w:-

و حدثني ‏ ‏أبو الطاهر ‏ ‏وحرملة بن يحيى ‏ ‏وهارون بن سعيد الأيلي ‏ ‏واللفظ ‏ ‏لهارون ‏ ‏وحرملة ‏ ‏قال ‏ ‏هارون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏وقال الآخران ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏أخبرني ‏ ‏يونس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏قال حدثني ‏ ‏عبد الرحمن بن هرمز الأعرج ‏ ‏أن ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من شهد الجنازة حتى يصلى عليها فله ‏ ‏قيراط ‏ ‏ومن شهدها حتى تدفن فله ‏ ‏قيراطان ‏ ‏قيل وما ‏ ‏القيراطان ‏ ‏قال مثل الجبلين العظيمين 

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung.

 
(                 
 Butir-butir program adalah




                                 TARIKH:6 MEI -14 JAMADILAKHIR 1433H (AHAD)
                                                 MASA :8.00 PAGI -5.00 PETANG

                           TEMPAT:TAHSIN TILAWAH BESTARI TERAS JERNANG
                               No 29A , Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya
                                                   43000 Kajang.

                                                      Hubungi Kami
                                                 Ustaz Hafiz : 0136740063
                                             Ustazah Nadhirah: 0179426756

                                                       DAFTAR  SEGERA!!!
                            


Monday, April 9, 2012

Kem Smart Al- Quran Siri ' 2 ...Kini Kembali!!



Cuti Sekolah Kembali!!!
Yeayyy....

Runsing...

Ingin mengisi Masa Lapang Anak-anak anda??
dengan aktiviti yang berfaedah??

KAMI ADA CARANYA

Kem Smart Al Quran Siri 2

Ini merupakan program susulan
dari Kem Smart Al - Quran Siri 1


Macam mana dengan KUALITI PROGRAM??

Program kami TERBUKTI mencapai target anda
dan melepasi target ANDA!!


Ikuti Video Dibawah:





Wednesday, April 4, 2012

Jom Bertarannum...

             



                    Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.

 Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :

ما أذن لنبى فى الترنم فى القرءان

Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi kesenian dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا.

Maksudnya:

“Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”



Diatas usaha inilah Tahsin Tilawah Bestari mempelawa anda untuk mendalami kesenian Al-Quran iaitu ilmu tarannum yang merupakan salah satu dari cabang ilmu al-quran bersama Ustaz Wan Ainuddin Bin Wan Helmy yang merupakan Johan Musabaqah Peringkat Kebangsaan.Bertempat di Tahsin Tilawah Bestari cawangan Teras Jernang.Pada hari Ahad bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.



Jom Belajar Bahasa Arab




 


Assalamu’alaikum  w.b.t
Pernahkah anda terasa bahawa jiwa anda “kosong” meskipun setiap hari anda membaca kitab suci Al-Quran ?

Pernahkah terdetik di dalam hati anda untuk mempelajari bahasa Al-Quran supaya anda lebih menghayati isi kandungan kitab suci ini ?
Jika anda pernah terdetik untuk mempelajarinya, inilah laman yang sesuai untuk anda mempelajarinya !
Hayya Bil ‘Arabiyyah ! :)
Bersama

Tahsin Tilawah Bestari...





Sesungguhnya Ibnu Taimiyah ada berpesan:

“Ketahuilah membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Arab memberi kesan yang kuat dan jelas kepada pemikiran, tingkahlaku dan agama seseorang, ia juga memberi kesan dalam mengikut umat awal Islam dari kalangan sahabat dan tabiin yang juga akan menambahkan kekuatan pemikiran, agama dam akhlak.  Sesungguhnya Bahasa Arab itu adalah sebahagian dari agam Islam, mengetahuinya adalah wajib.  Ini kerana memahami Quran dan Hadith itu wajib dan seseorang tidak akan memahami keduanya melainkan dengan Bahasa Arab.  Sesuatu yang tidak sempurna kewajipan kecuali dengannya, jadi ia juga adalah wajib.”  Rujukan: Kitab Iqtidha’ Sirotalmuastaqim 207


Generasi Al-Quran yang diimpikan...



SIAPAKAH GENERASI AL-QURAN?
Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda pada awal sejarah perkembangan Islam disebut oleh Sayyid Quthub sebagai
“Generasi Al-Quran” Mereka merupakan generasi terbaik yang pernah hadir di tengah umat manusia. Generasi inilah menurut Sayyid Quthub, yang disebut oleh firman Allah s.w.t :

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah ”
(Ali Imran ayat 110)

panel penemuuji sedang mendengar bacaan dan menguji peserta



Generasi terbaik Islam seperti di atas, menurut Sayyid Quthub, belum pernah lahir kembali, sehinggalah pada zaman kita sekarang. Padahal, menurut beliau lagi, Al-Quran masih berada di tangan kita. Tetap terpelihara seperti zaman sebelumnya. Begitu juga dengan hahis, terpelihara dengan baik. Tapi, mengapa kini kedua-dua sumber utama itu tidak dapat melahirkan generasi terbaiknya seperti dahulu?


ADAKAH GENERASI INI DAPAT DILAHIRKAN KEMBALI?


Dalam kitab “Ma’alim al-Thariq’, Sayyid Quthub memberikan jawapan. Generasi Al-Quran katanya, dapat dilahirkan kembali apabila kaum muslimin memiliki 3 tingkah laku seperti yang terdahulu dimiliki oleh Nabi dan kaum Muslimin pada awal perkembangan Islam.


Pertama :
Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus tertanam dalam hati dan fikiran, serta menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan, sehingga Al-Quran tidak menjadi benda mati, tapi benar-benar wujud dalam realiti kehidupan.

Kedua : Umat Islam perlu memiliki sikap ketaatan yang tidak berbelah bagiterhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran. Dalam hal ini, Al-Quran dipelajari tidak hanya untuk menambah pengetahuan dan memperdengarkan bacaan semata-mata, tapi benar-benar untuk dilaksanakan. Al-Quran jelas Sayyid Quthub, perlu disatukan dalam jiwa raga kaum muslimin dan diguna pakai dalam kehidupan mereka, sehingga Al-Quran tidak hanya membeku dalam otak dan terselit dalam karya-karya ilmiah. Sejarah mencatatkan, para sahabat dahulu mempelajari Al-Quran tidak banyak, hanya sepuluh ayat dalam satu masa. Mereka tidak menambahnya sehinggalah mereka memahami dan melaksanakan sepuluh ayat tersebut.

Ketiga : Umat Islam perlu bersedia membuang kehidupan lalu mereka sebelum Islam (jahiliah). Ini bermakna, dengan Islam seseorang perlu memulai hidup baru dengan ajaran atau nilai yang baru dan dengan pergaulan serta persaudaraan yang baru. Pendek kata, mereka perlu bersedia menanggalkan dan membuang semua ajaran dan warisan nenek moyang yang sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan, setiap muslim, tegas Quthub, harus mampu bukan sahaja meninggalkan jahiliah moden tetapi juga menjauhi orang-orang yang pemikirannya terpengaruh dengan jahiliah moden itu.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Isra’ ayat 82:

Ertinya: “Dan Kami (Allah) turunkan Al-Quran ini sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang-orang mukmin. Dan tidaklah rugi kecuali bagi orang-orang yang zalim.”


Marilah sama-sama kita mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi al-Quran yang dapat melaksanakan seluruh tuntutannya dalam kehidupan.
Antara tuntutan al-Quran terhadap umat Islam ialah :


1– IMAN WA TA’ZIM
2– TILAWAH WA TARTIL
3- TAZAKKUR WA TADABBUR
4– HUKUM WA IQAMAH
5– TABLIGH WA TIBYAN

Tidakkah Beruntung Menjadi Seorang Wanita Islam?






“Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Allah SWT kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

1 ) Gelaran Bagi `Isteri’ Di Dalam Al-Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband‘ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife‘. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari‘ manakala perkataan `femme‘ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh‘ dan `zaujati‘. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh‘ yang bermakna `pasangan‘. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah‘, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

2 ) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”

c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.” (Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3 ) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama Yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang‘. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

4 ) Diberi Pahala Yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama‘, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Oleh: Azlan Mohamad

Wallahua’lam….

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran






Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.


 

Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.

Y dan XX

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki.Dr. Danial Zainal Abidin

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2)

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)

Wallahu’alam….

Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram





Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram

Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.
Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?
Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.
Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.

“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!
Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.


Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.
Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.

Nabi saw mengharaman khalwat

Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhlawat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga, hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.
Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.

Oleh: Abdul Daim Al-Kahil

Wallahu’alam….

Monday, March 26, 2012

Taubat Pencerah Hati





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Pengajaran hadis:
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.

ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.

b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.

c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.

d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.

e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
(Surah At-Tahrim 66: Ayat ke 8)
 

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama Al-Quran


Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.  - HR ath-Thabrani
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.  - QS al-Isra' (17: 9)
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin.
Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.
Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.
Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.
Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.
Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya.
Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.
Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya).
Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.
Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.
Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat.
orang tua penting memberikan contoh.
Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran.
orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit.
Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya.
Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua.
Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.
Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.
Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.
Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.
06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian.
orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia.
Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.
Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.