Wednesday, April 4, 2012

Jom Bertarannum...

             



                    Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.

 Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :

ما أذن لنبى فى الترنم فى القرءان

Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi kesenian dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا.

Maksudnya:

“Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”



Diatas usaha inilah Tahsin Tilawah Bestari mempelawa anda untuk mendalami kesenian Al-Quran iaitu ilmu tarannum yang merupakan salah satu dari cabang ilmu al-quran bersama Ustaz Wan Ainuddin Bin Wan Helmy yang merupakan Johan Musabaqah Peringkat Kebangsaan.Bertempat di Tahsin Tilawah Bestari cawangan Teras Jernang.Pada hari Ahad bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.



No comments:

Post a Comment