Biodata Pengasas


Ustazah Nawiya Binti Abu

Dilahirkan pada 24 Mei 1970, Indonesia. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Quran Waddin Johor Bahru di peringkat Ibtidaeyah. Memperolehi pangkat pertama dalam pendidikan Darjah Khas di Sekolah Kebangsaan Menengah Kebun Teh, Johor Bahru. Meneruskan pengajian di Maahad Johor Bahru sehingga peringkat Thanawi. Memulakan karier pertama sebagai guru agama di Sekolah Agama Pasir Gudang selama 5 tahun. Kemudian berpindah ke Bangi dan meneruskan tugas sebagai guru agama di Bangi selama 3 tahun. 

Oleh kerana tuntutan dan minat yang mendalam dalam bidang Al-Quran, beliau telah meletak jawatan sebagai guru dan memberi tumpuan yang sepenuhnya untuk mendalami Al-Quran dan mengajarkannya. Bertalaqqi Al-Quran 30 juzuk daripada Allahyarham Ustaz Hj. Wan Bakar Bin Wan Dagang pada tahun 2005. Beliau banyak menimba ilmu dan tunjuk ajar daripada Allahyarham. 

Pada tahun 2007, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Al-Quran daripada Sheikh Nabil Muhammad Bin Ali Bin Ahmad yang merupakan seorang ulama’ Al-Azhar As-Syarif dan takhassus dalam bidang Ilmu Al-Quran Al-Karim wal Qiraat. Sheikh Nabil Muhammad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar utama di Maahad Al-Azhar, Mesir. 

Ustazah Nawiyah Binti Abu telah mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Pendakwah Bebas di sekitar Negeri Selangor Darul Ehsan (2007/2008). Selain itu, beliau kerap mengambil bahagian dalam pertandingan Tilawah Al-Quran dan pernah menyandang gelaran Naib Johan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sepang pada tahun 2006.